Membina Kekayaan,
Merealisasikan Impian.
Tingkatkan potensi kewangan anda bersama Perancang Kewangan bertauliah. Daripada penyusunan dan penstrukturan semula kewangan sehingga ke perlindungan Takaful komprehensif.
Perancang Kewangan & Takaful Anda
Saya ialah Wakil Perancang Kewangan Berlesen (FPR) di bawah Phillip Wealth Planners Sdn Bhd serta Wakil Penasihat Kewangan Berlesen (FAR) di bawah TSI Wealth Planners Sdn Bhd. Saya komited menyediakan perkhidmatan perundingan kewangan yang strategik, mematuhi peraturan, serta membawa impak yang tinggi kepada kestabilan ekonomi anda.
Latar belakang akademik saya merangkumi Diploma Perakaunan dari Kolej Ugama Sultan Zainal Abidin (KUSZA) nama kini (Unisza), seterusnya meneruskan Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Kewangan) di Universiti Teknologi MARA (UiTM), serta memegang Ijazah Sarjana Perbankan dan Kewangan Islam (MIBF) dari Arshad Ayub Graduate Business School, UiTM Shah Alam.
Memiliki sijil TTT HRDF dan NCS TTT Jabatan Pembangunan Kemahiran membolehkan saya untuk mengendalikan slot ceramah kewangan dan kursus literasi kewangan pada syarikat korporat dan individu. Antara yang pernah bekerjasama untuk mengadakan slot latihan dan ceramah kewangan adalah dari Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC), GRAB Malaysia, Universiti Teknologi Mara (UiTM), Jabatan Agama Islam Selangor(JAIS),Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (UnIPSAS) dan beberapa lagi.
Berbekalkan pengalaman luas merentasi beberapa syarikat terkemuka seperti Public Bank Berhad, Standard Chartered Bank Berhad, Etiqa Takaful Berhad, Amanah Raya Berhad, dan Amanah Raya Trustees Berhad, saya membawa disiplin sektor institusi ke dalam perancangan kewangan peribadi anda.
Kepakaran utama saya merangkumi penstrukturan kekayaan, perancangan pusaka (Hibah, Wasiat & Dokumentasi Amanah), perancangan kesinambungan warisan, pengurusan risiko (produk akses terus ke semua syarikat pengendali Takaful di Malaysia), serta pemeliharaan modal jangka panjang (pelaburan) khusus untuk golongan profesional dan klien bernilai tinggi (high-net-worth).
Jom Berbincang!
Mulakan langkah pertama transformasi kewangan anda hari ini.
Pakar Saya
Penyelesaian Kewangan Anda
Pelbagai servis profesional disediakan khas untuk menstruktur dan melindungi kewangan anda.
Takaful & Perlindungan
Melindungi anda dan keluarga dengan pelan Takaful komprehensif merangkumi pampasan nyawa, perubatan, dan gantian pendapatan.
Ketahui Lebih LanjutStruktur Semula Kewangan
Semakan dan penstrukturan semula komitmen kewangan sedia ada agar anda mempunyai lebihan aliran tunai (cash flow) setiap bulan.
Ketahui Lebih LanjutKursus Literasi Kewangan & Latihan TTT HRDC Claimable
Modul literasi kewangan profesional serta latihan Train The Trainer (TTT) yang boleh dituntut melalui HRDC khas untuk agensi korporat dan organisasi.
Ketahui Lebih LanjutWasiat, Hibah & Dokumen Harta Sepencarian
Merancang pengagihan harta anda dengan sistematik melalui instrumen Wasiat, Hibah, dan pengisytiharan Harta Sepencarian untuk mengelakkan konflik serta memberi jaminan kepada waris.
Ketahui Lebih LanjutRangkaian
Rakan Panel & Institusi Rasmi
Sebagai perancang kewangan bertauliah, saya mempunyai akses terus kepada pelbagai syarikat pengendali Takaful, unit amanah, syarikat pelaburan, dan peramanahan utama di Malaysia.
Panel Syarikat Pengendali Takaful
- Etiqa Takaful Berhad
- Prudential BSN Takaful
- AIA Public Takaful
- Great Eastern Takaful
- Syarikat Takaful Malaysia
- Takaful Ikhlas Berhad
- Zurich Takaful Malaysia
- Hong Leong MSIG Takaful
Panel Syarikat Unit Amanah
- Phillip Mutual Berhad
Panel Syarikat Pelaburan
- Phillip Capital Management Sdn Bhd
Panel Syarikat Peramanahan (*Trustees*)
- As-Salihin Trustees Berhad
- Rakyat Trustees Berhad
- Amanah Raya Berhad
Apa Kata Mereka Tentang Servis Saya?
Pengalaman sebenar daripada klien yang telah mendapatkan khidmat nasihat profesional.
"Sebelum jumpa En. Zawawi, aliran tunai bulanan saya sentiasa sesak akibat komitmen bertindih. Selepas sesi susun urus kewangan dan penstrukturan semula, saya kini ada lebihan tunai yang selesa setiap bulan. Sangat profesional!"
En. Farhan Azmi
Pengurus Projek, Shah Alam
"Penerangan En. Zawawi berkenaan pemilihan pelan takaful dan kad perubatan sangat terperinci. Beliau membantu saya memilih polisi terbaik tanpa paksaan serta mengikut kemampuan bajet keluarga saya."
Puan Siti Noraini
Pegawai Kerajaan, Puncak Alam
"Ilmu pelaburan jangka panjang yang dikongsikan amat bernilai. En. Zawawi membimbing saya cara merancang portfolio kekayaan dengan teratur melalui instrumen berlesen dan patuh Syariah."
Dr. Rahman
Pakar Perubatan, Klang
"Urusan penulisan wasiat dan perancangan pembahagian pusaka menjadi sangat mudah dan teratur di bawah panduan beliau. Kini saya lebih tenang memikirkan masa depan waris."
En. Mokhtar Khairuddin
Ahli Perniagaan, Subang
"Dokumentasi harta sepencarian dan hibah yang disediakan sangat kemas mengikut lunas undang-undang dan syarak. En. Zawawi sangat sabar menerangkan setiap klausa dengan terperinci kepada saya dan suami."
Puan Nurul Ain & Suami
Pasangan Profesional, Damansara
Medical Card STMB Full Cover Tanpa Deductible
Nikmati ketenangan fikiran sepenuhnya apabila wad dan bil hospital ditanggung sepenuhnya tanpa caj bayaran bersama (*no deductible* atau *co-takaful* tersembunyi). Permohonan pantas secara digital dan terus lulus!
Kemasukan Tanpa Tunai
Rawatan hospital swasta selesa tanpa pening kepala.
Tiada Deductible
Nikmati perlindungan penuh tanpa perlu keluar duit poket sendiri.
Apply Online 100%
Boleh mohon di mana jua secara dalam talian dengan mudah.
Alat Kiraan Pintar
Pilih Kalkulator Kewangan
Gunakan alat pengiraan di bawah untuk merancang masa depan kewangan anda dengan lebih tepat.
Kalkulator Aliran Tunai Gaji Terperinci
Masukkan butiran pendapatan, komitmen pinjaman, dan perbelanjaan bulanan anda untuk analisa kewangan.
A. Sumber Pendapatan Bulanan
B. Komitmen Pinjaman (Loan)
C. Perbelanjaan Asas
Jumlah Pendapatan Keseluruhan
RM 0.00
Jumlah Komitmen & Perbelanjaan
RM 0.00
Lebihan Aliran Tunai Bersih
RM 0.00
Sila isi borang di sebelah untuk mendapatkan laporan kesihatan tunai.
Pusat Ilmu
Bacaan Terkini
Takaful Sebagai Perisai Kewangan Keluarga Anda
Ketahui mengapa pelindungan takaful bukan sekadar kos tambahan, tetapi pelindung utama kestabilan ekonomi keluarga daripada musibah tidak dijangka.
Keburukan Buy Now Pay Later (BNPL) Yang Perlu Anda Tahu
Kemudahan bayar kemudian nampak menarik, tetapi ia boleh menjadi perangkap psikologi yang merosakkan aliran tunai bulanan anda.
Wasiat Bukan Sekadar Atas Kertas: Kepentingannya Untuk Waris
Mengapa perancangan pembahagian harta pusaka lebih awal menyelamatkan keluarga daripada sengketa dan harta beku bertahun-tahun.
Berapakah Jumlah Sebenar Tabung Kecemasan Yang Anda Perlukan?
Panduan langkah demi langkah membina dana kecemasan 3 hingga 6 bulan bagi menghadapi situasi luar jangka.
Teknik Penyatuan Hutang (Debt Consolidation) Yang Berkesan
Pelajari cara untuk menggabungkan hutang kad kredit dan pembiayaan peribadi menjadi satu komitmen yang lebih rendah.
5 Kesilapan Pengurusan Gaji Yang Kerap Dilakukan Pekerja Baru
Elakkan kesilapan-kesilapan lazim ini supaya anda tidak terperangkap dalam pusingan hutang seawal usia 20-an.
Takaful Sebagai Perisai Kewangan Keluarga Anda
Dalam mengharungi kehidupan yang penuh dengan ketidakpastian, perancangan kewangan yang teliti adalah kunci kepada ketenangan minda. Salah satu instrumen paling penting, namun sering diabaikan, ialah Takaful.
Bukan Sekadar "Insurans" Biasa
Berbeza dengan insurans konvensional yang berasaskan jual beli risiko (gharar dan maisir), Takaful beroperasi berdasarkan konsep Ta'awun iaitu saling bantu-membantu dan derma (Tabarru'). Apabila anda mencarum dalam Takaful, anda sebenarnya menderma sebahagian wang ke dalam satu dana bersama untuk membantu peserta lain jika mereka ditimpa musibah.
Mengapa Ia Merupakan "Perisai"?
- Penggantian Pendapatan (Income Replacement): Bayangkan jika ketua keluarga tiba-tiba lumpuh atau meninggal dunia. Pampasan Takaful (seperti Hibah Takaful) akan bertindak sebagai gaji ganti untuk waris meneruskan kehidupan selama 5 ke 10 tahun tanpa terbeban mencari wang secara mendadak.
- Pelindung Simpanan daripada Kos Perubatan: Inflasi kos perubatan di Malaysia meningkat pada kadar 10-15% setiap tahun. Satu pembedahan kecil boleh menelan kos puluhan ribu ringgit. Tanpa kad perubatan (Medical Card), wang simpanan ASB atau Tabung Haji yang dikumpul bertahun-tahun mungkin lebur dalam masa beberapa hari di hospital.
- Penyelesaian Hutang: Apabila berlaku kematian, hutang tidak akan mati. Pampasan Takaful boleh digunakan oleh waris (wasi) untuk melunaskan baki hutang rumah, kereta, dan pembiayaan peribadi si mati agar tidak membebankan keluarga.
💡 Tips Perancang Kewangan
Jumlah ideal perlindungan (pampasan kematian/lumpuh) yang disyorkan ialah 10 kali ganda gaji tahunan atau perbelanjaan tahunan anda. Gunakan kalkulator di laman web ini untuk menyemak keperluan tepat anda.
Kesimpulannya, mengambil pelan Takaful bukanlah satu perbelanjaan atau beban, sebaliknya ia adalah tindakan penuh kasih sayang dan tanggungjawab terhadap diri serta waris yang kita tinggalkan.
Perlukan bantuan menyemak polisi Takaful sedia ada anda?
Hubungi Zawawi SekarangKeburukan Buy Now Pay Later (BNPL) Yang Perlu Anda Tahu
Kemudahan Buy Now Pay Later (BNPL) atau Beli Sekarang Bayar Kemudian kini menjadi trend hangat dalam kalangan pembeli online, terutamanya golongan muda. Walaupun ia diiklankan dengan faedah "sifar peratus", hakikatnya kemudahan ini membawa perangkap kewangan yang sangat licik.
1. Ilusi Mampu Milik
Pecahan bayaran kepada 3 atau 6 bulan menjadikan barang mahal kelihatan "murah". Seseorang yang tidak mampu membeli kasut berharga RM600 secara tunai, tiba-tiba rasa mampu apabila hanya perlu membayar RM200 sebulan. Ini mencetuskan pembelian impulsif barangan kehendak, bukan keperluan.
2. Kesan Tersembunyi Kepada Aliran Tunai
Apabila anda mempunyai 4-5 ansuran BNPL pada masa yang sama, separuh daripada gaji bulan depan anda sebenarnya sudah 'lesap' sebelum gaji masuk. Ini merosakkan belanjawan tunai (cash flow) bulanan anda dan boleh memaksa anda berhutang lebih banyak untuk membeli makanan harian.
3. Denda Lewat Yang Tinggi
Kelewatan membayar BNPL sering kali mengundang caj denda atau late payment fee yang bersifat harian atau mingguan. Tanpa disedari, kos keseluruhan barangan tersebut menjadi jauh lebih tinggi berbanding harga asal.
4. Rekod Kewangan & CCRIS
Kini, Bank Negara Malaysia (BNM) mula merangka undang-undang untuk menyelia industri BNPL (Akta Kredit Pengguna). Beberapa skim BNPL besar sudah mula melaporkan tunggakan kepada agensi pelaporan kredit. Jika culas membayar, skor kredit anda rosak, menyukarkan anda untuk membuat pembiayaan penting seperti rumah dan kereta pada masa hadapan.
⚠️ Kesimpulan & Nasihat
Gunakan peraturan emas: "Jika anda tidak mampu membayarnya secara tunai pada hari ini sebanyak 2 kali ganda, maka anda sebenarnya tidak mampu memiliki barang tersebut." Jauhi BNPL untuk barangan susut nilai.
Wasiat Bukan Sekadar Atas Kertas: Kepentingannya Untuk Waris
Terdapat kira-kira RM90 bilion harta pusaka orang Islam di Malaysia yang masih beku dan gagal dituntut oleh waris sehingga hari ini. Salah satu penyumbang terbesar kepada masalah ini adalah ketiadaan penulisan wasiat dan perancangan pusaka ketika pemilik harta masih hidup.
Bukankah Automatik Dibahagi Mengikut Faraid?
Ramai yang tersalah anggap bahawa harta akan terus diagihkan mengikut Faraid selepas kematian. Realitinya, proses mencairkan dan menguruskan harta (termasuk akaun bank dan hartanah) yang beku memerlukan kos, masa, serta persetujuan 100% daripada kesemua waris Faraid. Sekiranya seorang waris enggan bekerjasama, keseluruhan proses akan tergendala.
3 Fungsi Utama Wasiat Islam
- Melantik Wasi (Pentadbir Harta): Melalui wasiat, anda menamakan satu individu atau syarikat amanah yang kompeten untuk menguruskan harta anda. Tanpa wasiat, waris akan bergaduh menentukan siapa yang layak menjadi pentadbir.
- Menyatakan Hasrat Pengagihan: Walaupun Faraid adalah asas untuk orang Islam, wasiat membenarkan anda membuat pesanan pembahagian kepada waris, yang akan sah jika dipersetujui oleh semua waris selepas kematian. Anda juga boleh mewasiatkan sehingga 1/3 harta kepada penama bukan waris Faraid (seperti anak angkat atau badan amal).
- Pengurusan Tanggungan & Hutang: Dokumen wasiat menyenaraikan semua aset dan liabiliti (hutang) yang memudahkan waris menyelesaikan baki hutang anda sebelum baki harta diagihkan.
💡 Gabungan Pintar: Hibah + Wasiat
Sebagai perancang kewangan, saya sering menyarankan agar instrumen Wasiat digabungkan dengan Hibah (pemberian kasih sayang semasa hidup). Aset yang dihibahkan akan terus menjadi milik penama dan dikeluarkan sepenuhnya dari pentadbiran pusaka, mengelakkan perebutan Faraid sepenuhnya bagi aset tersebut (contoh: Rumah untuk isteri).
Menulis wasiat adalah hadiah terakhir dan tanda kasih sayang yang mengelakkan ahli keluarga anda dari berbalah dan naik turun mahkamah. Rancanglah hari ini!
Berapakah Jumlah Sebenar Tabung Kecemasan Yang Anda Perlukan?
Pandemik yang berlalu telah mengajarkan satu pengajaran besar kepada seluruh masyarakat dunia: Pentingnya tunai di tangan (cash reserve) apabila krisis ekonomi melanda secara mengejut. Formula paling asas dalam kewangan peribadi ialah mempunyai dana kecemasan.
Formula 3 Hingga 6 Bulan
Peraturan ibu jari (rule of thumb) menetapkan anda perlu mempunyai dana kecemasan bersamaan 3 hingga 6 bulan perbelanjaan asas bulanan (bukan gaji).
Sebagai contoh, jika gaji anda RM5,000 tetapi komitmen wajib dan perbelanjaan asas keluarga anda ialah RM3,000 sebulan: Tabung ideal anda mestilah RM3,000 x 6 bulan = RM18,000.
Bagi mereka yang bekerja sendiri, freelancer, atau usahawan, sasaran dana kecemasan harus dinaikkan kepada 6 hingga 12 bulan kerana pendapatan bulanan lebih tidak menentu berbanding pekerja tetap sektor kerajaan atau korporat.
Di Mana Patut Tabung Ini Disimpan?
Syarat utama dana kecemasan ialah ia mestilah sangat cair (highly liquid)—boleh dikeluarkan dalam masa kurang dari 24 atau 48 jam, serta kalis kerugian modal (capital guaranteed).
- Bagus: Akaun Simpanan Berfaedah (Savings Account), Tabung Haji, ASB (Sangat cair dan memberi pulangan).
- Tidak Sesuai: Hartanah, Emas Fizikal, Saham Syarikat, Unit Amanah Ekuiti (Kerana nilai boleh turun naik dan mengambil masa panjang untuk dicairkan).
Teknik Penyatuan Hutang (Debt Consolidation) Yang Berkesan
Apabila seseorang terjebak dengan hutang kad kredit (dengan kadar faedah setinggi 15% - 18% setahun) atau mempunyai banyak pecahan hutang kecil (personal loan berbeza-beza) sehingga DSR (Debt Service Ratio) mencapai tahap kritikal melebihi 80%, teknik Penyatuan Hutang adalah talian hayat yang sangat berkesan.
Bagaimana Ia Berfungsi?
Konsep Penyatuan Hutang bermaksud anda membuat satu pinjaman/pembiayaan peribadi baru pada kadar peratusan faedah yang lebih rendah (contoh: 5% ke 7% setahun dari bank atau koperasi). Kemudian, tunai daripada pinjaman baru ini digunakan 100% untuk melunaskan serta menutup sepenuhnya kesemua hutang kad kredit dan hutang-hutang mahal yang lain.
Kelebihan Teknik Ini
- Penjimatan Caj Faedah: Anda beralih dari membayar faedah kad kredit 18% kepada 5%. Ini menghentikan 'pendarahan' wang akibat bunga berkompaun.
- Lebihan Aliran Tunai (Cash Flow): Daripada membayar 4 ansuran hutang berjumlah RM1,500 sebulan, ia digabungkan menjadi satu ansuran sahaja yang mungkin berjumlah RM800 sebulan. Anda serta-merta mendapat lebihan tunai RM700 setiap bulan.
⚠️ Amaran Penting
Kesilapan terbesar peminjam selepas melakukan debt consolidation ialah mereka mula meleret (swipe) kad kredit yang baru ditutup atau memohon hutang kereta baru kerana merasakan mereka kini punya duit lebih. Teknik ini memerlukan disiplin ketat memotong kad kredit lama.
5 Kesilapan Pengurusan Gaji Yang Kerap Dilakukan Pekerja Baru
Melangkah masuk ke alam pekerjaan adalah fasa yang mengujakan. Namun, ketiadaan literasi kewangan menyebabkan ramai graduan muda terperangkap dalam rat race dan dibebani hutang pada awal usia 20-an. Elakkan 5 kesilapan klasik ini:
1. Membeli Kereta Melebihi Kemampuan Gaji
Sebaik sahaja gaji diluluskan (sah jawatan), kesilapan pertama ialah membuat pinjaman kenderaan sehingga 9 tahun (maksimum) untuk kereta yang bernilai lebih daripada setahun gaji mereka. Formula selamat: Harga kenderaan tidak patut melebihi setahun gaji tahunan anda.
2. Inflasi Gaya Hidup (Lifestyle Inflation)
Apabila gaji naik atau mendapat elaun lebih, secara automatik selera makan beralih dari mamak ke kafe hipster setiap hari. Berbelanja seiring dengan kenaikan gaji akan mengekalkan kadar simpanan pada tahap sifar.
3. Menyimpan "Baki" Gaji, Bukan Menyimpan Dahulu
Ramai yang menanti baki wang di hujung bulan baru hendak disimpan. Cara yang betul ialah sistem potong dahulu (force saving). Asingkan 10% - 20% gaji sejurus ia masuk ke dalam akaun, dan belanjakan selebihnya.
4. Membayar Minimum Kad Kredit
Mula memiliki kad kredit kerana mahukan "cashback" atau point percuma adalah helah biasa. Namun gagal melunaskan 100% baki setiap hujung bulan dan sekadar membayar 5% bayaran minimum adalah tiket pantas ke arah bankrap.
5. Mengabaikan Pelindungan Perubatan (Medical Card)
Mengharapkan 100% perlindungan dari majikan dan hospital kerajaan. Apabila berlakunya penyakit yang memerlukan kos tinggi, faedah perubatan syarikat selalunya mempunyai had, mengakibatkan simpanan habis digunakan.
Peluang Kerjaya
Bina Kerjaya Profesional Bersama Rangkaian Saya
Adakah anda bersemangat untuk membantu orang ramai mencapai kebebasan kewangan? Sertai pasukan dan nikmati latihan profesional, sokongan rakan sekerja yang kukuh, serta potensi pendapatan sebagai perancang kewangan.
- Sistem latihan komprehensif disediakan
- Waktu kerja yang fleksibel
- Pendapatan pasif dan peluang melancong percuma
Sokongan Pasukan Yang Kukuh!
Saya bantu anda dari Zero ke Hero.
Mari Bincang Tentang Masa Depan Anda
Jangan biarkan persoalan kewangan membelenggu anda. Hubungi saya untuk sesi konsultasi eksklusif. Saya sedia mendengar dan mencari solusi terbaik untuk anda.
Alamat Pejabat
Kiosk No 5, Kompleks At-Tijarah, UiTM Puncak Alam, Selangor, Malaysia
WhatsApp / Telefon
+60 19-270 2152
Emel
zawawi.tsi@gmail.com